Pesawat Terhempas Di Tokyo

Tokyo – Sebuah pesawat ringan terhempas ke dalam kawasan kediaman di Tokyo pagi ini, yang membakar beberapa buah rumah, lapor AFP.

 

Menurut media tempatan, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

 

Penyiar awam Jepun NHK berkata tiga orang terlibat dalam kemalangan itu dan salah seorang daripada mereka telah diselamatkan.

 

Sekurang-kurangnya tiga buah rumah dan dua buah kereta terbakar di daerah kediaman di ibu negara daerah Chofu, dan menyebabkan kerosakan bumbung rumah-rumah lain yang berdekatan, kata NHK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.