Penumpang Ditahan, Bakar Kabin Dan Kerusi pesawat

Beijing – Seorang lelaki ditahan, kerana mencetuskan huru-hara dalam sebuah pesawat yang membawa 104 penumpang dan kru, ketika ia mendarat di selatan China, hari ini.

 

Agensi berita Xinhua melaporkan, kejadian itu berlaku dalam pesawat Shenzhen Airlines penerbangan ZH9648 yang berlepas dari Taizhou di timur China, pada jam 11.25 malam dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou, pada jam 1.04 pagi tadi.

 

Seorang penumpang bertindak ganas, dengan cuba membakar kabin pesawat itu.

 

Dia kemudiannya ditahan kru dan penumpang lain, sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

 

Jaringan Sumber Penerbangan Awam China yang merupakan portal maklumat penerbangan awam negara itu melaporkan, lelaki terbabit ‘cuba membakar’ pesawat itu ketika ia mendarat.

 

Beberapa gambar menunjukkan sebuah kerusi penumpang dan pintu kabin mempunyai kesan terbakar.

 

Ketika kejadian, sembilan kru bertugas dalam pesawat berkenaan.

 

Dua daripada 95 penumpang turut tercedera dan dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.