Peminat Menanggis, Azwan Ali Tutup Akaun Twitter

Kuala Lumpur – Keputusan selebriti kontroversi, Azwan Ali untuk menutup akaun twitternya mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat.

 

Beliau yang mengelar dirinya sebagai diva AA itu dikatakan kecewa kerana sering dikecam oleh pelbagai lapisan masyarakat yang marah dengan status-status ‘panas’ yang sering dimuatnaik di laman sesawang itu.

 

Menurut Azwan tindakan untuk berundur itu disebabkan terlalu ramai fake people di sekelilingnya.

 

“At Maxis! Acc twittes Agong Diva AA @azwanhjali now de activated! Gud Bye Alll gonna miss no 1 daring twitter acc in the world! De Activated.

 

“Bukan tanda tunduk! In fact Azwan Ali teruja (dan) rela hati tutup acc twits agong Diva AA bcoz terlalu bersepah ‘faked people’ dna anjing gila kurap muka manusia terhodoh! #NOTTanyMOre Understand” luahnya.

 

Tinjauan SuaraTV melalui akaun @azwanhjali mendapati ada dikalangan mereka yang sedih dan kecewa dengan tindakan itu.

 

Malah ada dikalangan mereka yang mengunakan simbol ikon menangis sebagai reaksi atas tindakan drastik Azwan itu.

 

Namun ramai juga yang dilihat bersyukur kerana menyifatkan tindakan itu sebagai tanda selebriti berkenaan sudah insaf dengan tindakannya.

 

Azwan sebelum ini yang sering dilihat mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina mana-mana individu yang dilihat tidak sehaluan dengan dirinya.

 

Terdahulu Azwan dilihat meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pelawak Nabil Ahmadyang dikatakan sombong kerana tidak menegur dirinya ketika berada dalam penerbangan yang sama ketika pulang dari Umrah.

 

Seterusnya pada 21 Julai lalu, Azwan dilihat mengeluarkan kata-kata yang kurang sensitif dan menghina mangsa kemalangan jalan raya semasa Aidilfitri.

 

Ekoran daripada itu para pengguna media sosial mewujudkan satu kempen bagi mendesak penyedia aplikasi media sosial agar menutup akaun media sosial milik personaliti terkenal Azwan Ali.

 

Kempen #JomReportAzwanAli menyeru pengguna Twitter dan Instagram agar bersama-sama melaporkan akaun Azwan Ali yang dianggap sering mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak bersesuaian dengan budaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.