Nazir Jumpa PM Bincang Isu The Edge

Putrajaya – Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata beliau ada berbincang dengan abangnya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tindakan kerajaan menggantung penerbitan akhbar The Edge selama tiga bulan.

 

Bagaimanapun, Pengerusi CIMB itu berkata, beliau tidak akan memberitahu maklumat perbincangan secara peribadi dengan Perdana Menteri kepada media

 

“Saya ada berbincang dengan abang saya mengenainya (gantung The Edge) tetapi tidak akan memberitahunya kepada media,” katanya.

 

Sebelum ini, Nazir menerusi akaun Instagram memberi komen akhbar The Edge berperanan penting dan menjadi tunjang kepada ahli perniagaan kerana menyalurkan maklumat kepada komuniti perniagaan.

 

Beliau membuat komen itu selepas kerajaan menggantung penerbitan The Edge selama tiga bulan bermula 27 Julai ini.

 

Mengulas komennya di Intasgram itu, Nazir berkata kenyataan itu tidak bermaksud beliau cuba mempertahankan pihak-pihak tertentu.

 

Katanya, beliau hanya mempertahankan kebebasan memberi pendapat dan kebebasan bersuara.

 

“Ia bukanlah untuk membela sesiapa tetapi ia dibuat atas dasar prinsip kebebasan media,” katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka mentan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Puspanitapuri pada Ahad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.