PBS enggan kerjasama dengan BN, terus setia dengan GRS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, pendirian itu dibuat selepas majoriti Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti itu tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan BN dalam pilihan raya negeri berkenaan.

Joachim berkata, PBS turut menegaskan pendirian untuk terus setia bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai gabungan pemerintah sedia ada pada PRN itu.

“Pendirian kita jelas. PBS akan terus bekerjasama dalam gabungan GRS dan komited terhadap kerjasama politik ini menjelang PRN itu.

“PBS turut mengulangi komitmen untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan komponen GRS iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) yang dipimpin Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu pada Khamis.

Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan berakhir pada 11 November ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat