“Orang politik hentikanlah budaya 2 bulan sebelum pilihan raya baru nak cium bayi, jalan di warung” – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan wakil rakyat supaya menghentikan ‘budaya’ bermusim turun padang menyantuni rakyat hanya pada saat akhir sebelum pilihan raya.

Beliau berkata, pendekatan Kerajaan Madani bukan gimik politik terutama menjelang pilihan raya, sebaliknya memberi perhatian kepada kelompok majoriti rakyat.

“Ini yang berlaku. Sebab itu saya lihat… setiap hari Jumaat, saya pergi makan di warung dulu atau di gerai dahulu dalam 15-20 minit sebelum solat Jumaat.

“Ini sahaja cara kita lihat kebersihan dan kemudahan… kerana ini menyentuh kepentingan peratusan rakyat.

“Saya tidak mahu bawa mereka pergi (turun padang santuni rakyat) hanya dua bulan sebelum pilihan raya. Kerana dua bulan sebelum pilihan raya, semua orang politik akan cium bayi, akan jalan di warung, akan tanya khabar di rumah. Saya kena hentikan budaya itu,” katanya memetik Astro Awani di Putrajaya pada Khamis.

Anwar berkata, beliau memulakan rutin turun padang setiap Jumaat untuk menyantuni rakyat sebelum menunaikan solat, sejak awal kepimpinan Kerajaan Madani pada Disember 2022.

“Budaya ini supaya kita tahu keutamaannya. Bukan saya nak cakap (besar), saya nak ceritakan ini (sebab) ada mesejnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika meninjau kemajuan projek pembangunan Kota Madani pada Rabu.

Berucap mengenai Kota Madani, beliau berkata, pembangunan bandar bukan sahaja perlu maju dari segi fizikal dan teknologi, tetapi juga sarat dengan nilai budaya dan rohani.

Jelasnya, bandar yang hebat bukan sekadar bangunan pencakar langit tetapi mesti melambangkan kekuatan budaya dan sejarah.

“Kota moden yang ‘gersang’ budaya tidak dapat membina semangat kebersamaan, nilai asabiyah dan jati diri masyarakat.

“Perancangan Kota Madani turut mengambil kira keselesaan dan keselamatan penduduk, termasuk penyediaan laluan pejalan kaki ke sekolah, masjid, tadika, dewan komuniti dan tempat kerja,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat