Pelajar Kolej Tingkatan Enam Tidak Terikat Dengan Peraturan Sekolah – Fadhlina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Saranan Perdana Menteri supaya pelajar Tingkatan Enam tidak terikat dengan peraturan sekolah boleh dibuat apabila pengajian itu berada pada mod pertama iaitu Kolej Tingkatan Enam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dan menjelaskan pihaknya kini bergerak ke arah itu, namun perjalanannya sedikit panjang.

Beliau berkata, KPM sentiasa memberi perhatian dalam konteks hala tuju Tingkatan Enam, termasuk kekuatan subjek, fasiliti dan infrastruktur memandangkan mereka bukan dalam lingkungan sekolah lagi.

“Kita sekarang ada tiga mod Tingkatan Enam. Mod pertama, Kolej Tingkatan Enam, mereka sahaja ditempatkan di situ; mod kedua, mereka (Tingkatan Enam) ada blok berasingan dan mod tiga, bersekali dengan aliran perdana (tingkatan lain) tetapi kita memberikan banyak fleksibiliti.

“Ketika ini, kita banyak di mod ketiga, jadi, kita ke arah memperkemaskan ke arah mod pertama, maknanya semua Tingkatan Enam jadi Kolej Tingkatan Enam,” katanya selepas merasmikan Tapak Projek Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Regent Elmina di Bandar Elmina, lapor Bernama.

Sebelum ini, Perdana Menteri menyarankan supaya Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan.

Anwar turut mencadangkan suasana Tingkatan Enam harus diubah kerana ia sebenarnya adalah pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima.

Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM akan terus memberi tumpuan untuk menyelesaikan isu kepadatan pelajar sekolah di Selangor.

“Kami sedar bahawa Selangor adalah negeri yang paling padat, selain mempunyai paling banyak sekolah, murid dan guru. Jadi, memang kita punya tumpuan untuk Selangor ini lebih sikit bagi memastikan sekolah cukup di negeri ini.

“Kepadatan dapat disuraikan dengan pembinaan sekolah yang dapat atasi isu kesesakan pelajar dalam sekolah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat