MB Terengganu mengadap Sultan esok, mohon bubar DUN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, akan mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, esok bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahmad Samsuri, yang juga Naib Presiden PAS berkata, tarikh pembubaran DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagaimanapun belum ditetapkan dan hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Mizan.

“Kita akan mengadap Sultan Mizan untuk mendapat perkenan kira-kira jam 9 pagi esok.

“Kita tidak boleh mendahului Sultan Mizan untuk mengumumkan tarikh pembubaran DUN. Biar kita mengadap dan mendapat perkenan, lepas itu baru kita umumkan,” katanya di Kuala Terengganu pada Isnin.

Terdahulu, beliau yang juga ADUN Rhu Rendang, mengiringi Sultan Mizan ke Majlis Jamuan Bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-61, Hari Keputeraan Sultan Mizan di Dewan Santapan Di Raja, Istana Syarqiyyah, di sini.

Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN, dengan PAS menguasai 22 kerusi dan Barisan Nasional (BN) memenangi 10 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kerusi DUN dimenangi BN adalah Jertih, Kuala Besut, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemong, Bukit Besi dan Kijal.

Selain Terengganu, lima lagi negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Tarikh PRN di enam negeri akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat