285 kematian, LLM tumpu keselamatan pengguna lebuhraya – Jalaluddin

- Advertisement -

Kajang — Bermula bulan Januari sehingga Mei tahun ini, sebanyak 285 kes kematian dan 1,409 kes kemalangan parah telah dilaporkan.

Pengerusinya Datuk Seri Jalauddin Alias berkata pihaknya menandang serius soal kemalangan di lebuhraya, terutama yang melibatkan kemalangan maut.

Menurutnya, LLM akan memberi keutamaan mengatasi masalah keselamatan para pengguna lebuhraya terutama bagi penunggang motosikal.

“Saya berbincang statistik kemalangan kita dapati bermula Januari 2023 sehingga Mei 2023 sebanyak 285 kematian akibat kemalangan di seluruh lebuhraya bawah pengawasan LLM.

“Peratusan tertinggi in adalah pengguna motosikal yang terlibat kemalangan di semua lebuhraya,”

“Ini suatu angka yang besar dan usaha yang kognitif harus diambil segera,” katanya pada sidang media di Wisma Lebuhraya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), hari ini.

Selain itu beliau turut menekankan fokus mengenai tahap keselamatan, kebersihan dan pencahayaan di kawasan Rehat & Rawat (RnR).

“Proses penguraian lalulintas ketika waktu puncak, ‘smart lane’ untuk mengurangkan kesesakan lalulintas, kolaborasi dengan agensi lain dalam usaha mengurangkan kes kemalangan di lebuhraya.

“Kita juga berbincang soal keselamatan dan pendekatan menarik taraf pengguna lebuhraya di semua RnR untuk dilihat semula soal keselamatan, kebersihan untuk pengguna jalan raya dan dilaksanakan secepat mungkin

“Saya juga melawat Pusat kawalan trafik, dan kita dapati bahawa penggunaan cctv kaedah mengawal kesesakan jalan raya, terutama di waktu perayaan,” katanya.

Untuk rekod Datuk Seri Jalaluddin Alias telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkuatkuasa pada 15 Jun 2023.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Jelebu itu juga menggantikan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad yang memegang jawatan itu sejak 15 Ogos 2022.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat