Peguam Keluarga Adib Harap Tiada Lagi Campur Tangan Peguam Negara

PETALING JAYA – Peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim berkata beliau akan menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian anggota bomba itu sekiranya kerajaan bersetuju.

Mohd Kamaruzaman A Wahab bagaimanapun berkata buat masa ini beliau masih percaya dengan Mahkamah Koroner untuk membuat keputusan yang adil.

“Cuma saya harap tiada lagi campur tangan yang tidak perlu dari Peguam Negara Tommy Thomas dalam prosiding ini,” katanya kepada FMT.

Isnin lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata tiada keperluan buat masa ini untuk kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat punca kematian Adib.

Zuraida berkata, ini kerana inkues kematian Adib yang bermula sejak Februari lalu sedang berjalan dengan baik.

Pada 27 Mei lalu, peguam Syazlin Mansor yang mewakili keluarga Adib, KPKT dan bomba menarik diri daripada inkues itu selepas Thomas mengarahkannya berbuat demikian.

Thomas dalam satu kenyataan berkata, Syazlin memalukan dirinya sebagai peguam KPKT kerana sering mengambil pendirian bercanggah dengan timbalan pendakwa raya.

Pada 12 Jun lalu, Syazlin mengumumkan untuk kembali mewakili keluarga Adib. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.