Empat Pekerja Disahkan Terbunuh Dalam Insiden Tanah Runtuh Di Tanjung Bungah

GEORGE TOWN – Empat pekerja Myanmar maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak binaan tembok penahan tanah di Jalan Batu Feringhi, Tanjung Bungah kira-kira 9.25 malam tadi.

Operasi mencari dan menyelamat meibatkan polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dihentikan pukul 4.45 pagi tadi selepas semua mayat mangsa ditemui.

Dua mangsa dikenali sebagai Ong dan Nai Cho, manakala dua lagi belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata empat mangsa itu sedang membina tembok penahan di tapak binaan hotel Lost Paradise.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang dalam kenyataan mengesahkan kerja-kerja binaan tidak mendapat keizinan pihak berkuasa tempatan. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.