Zaid Dikecam Kerana Bidas Juruterbang Minta Penumpang Berdoa

Doa tidak bererti seseorang itu berputus asa  dan apa salahnya berdoa? Itu persoalan yang ditujukan kepada salah seorang pemimpin DAP, Zaid Ibrahim. Ternyata kenyataan Zaid yang membidas juruterbang AirAsia yang meminta penumpang pesawat penerbangan Perth-Kuala Lumpur yang mengalami masalah teknikal supaya berdoa, sebagai angkuh.

Malah pendakwah muda, Firdaus Wong Wai Hung sendiri hairan apa yang menyebabkan Zaid berasa sakit hati dan benci dengan tindakan juruterbang AirAsia itu.

Sekurang-kurangnya kata beliau, sekurang-kurangnya juruterbang itu sedar beliau hanya makhluk ciptaan Tuhan yang terbatas kemampuannya bukannya seperti kapten Titanic yang begitu angkuh mengatakan ‘Not Even God Can Sink It’.

“Antara manusia yang angkuh adalah tatkala di ambang bahaya masih enggan memohon dan bertaubat kepada Allah malahan membidas orang yang melakukannya. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan taufiq dan hidayah kepada Zaid Ibrahim dan kita semua. Allahumma Ameen,” demikian tulis Firdaus dalam Facebooknya.

Semalam, Zaid menerusi Twitter ketika mengulas mengenai masalah yang melanda pesawat AirAsia Airbus A330 semalam, berkata syarikat penerbangan tambang murah itu tidak seharusnya merestui tindakan juruterbangnya.

“Juruterbang AirAsia gesa penumpang berdoa ketika penerbangan Perth menghadapi masalah. Saya lebih suka juruterbang tidak beritahu saya bahawa kematian semakin hampir,” katanya

Pesawat AirAsia X dalam penerbangan dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur semalam terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth selepas berlepas tiga jam akibat masalah teknikal.

Menurut kenyataan AirAsia X, pesawat D7237 dengan 359 penumpang berlepas pukul 7 pagi dari Perth menuju ke Kuala Lumpur tetapi terpaksa berpatah balik dan selamat mendarat di Lapang Terbang Perth pada jam 10 pagi.

Apa yang dilakukan oleh juruterbang terbabit hanyalah menyuruh penumpang berdoa dan masing-masing boleh berdoa mengikut anutan masing-masing.

Tidak seharusnya Zaid membuat komen negatif terhadap tindakan juruterbang tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.