Tips Penting Beraya Ke Rumah Orang


Hari raya adalah hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Pada hari raya, semua orang akan menyambutnya tak kira miskin atau kaya. Selain tradisi bermaaf-maafan, pada hari raya juga, tradisi kunjung-mengunjung ke rumah saudara juga menjadi tradisi utama dalam menyambut hari raya. Berikut diberikan 5 tips dalam mengunjung ke rumah orang.

1. Bertanya Khabar
Dalam mengunjung ke rumah orang lain, wajib untuk kita bertanya khabar. Perkara pertama yang harus dilakukan adalah bertanyakhabar tuan rumah samada sihat atau tidak.  Janganlah kita pergi ke rumah seseorang dengan bertanya khabar orang lain pula seperti bertanya mana abang dia atau anak perempuan tok imam.

2.Jangan berharap untuk makan di rumah orang.
Beraya yang begini biasa diamalkan oleh ramai orang.  Kalau boleh janganlah beraya ketika waktu makan. Pergilah makan dahulu di mana restoran segera yang pastinya buka di waktu raya ini. Kita tak tahu bagaimana keadaan tuan rumah entah cukup beras atau tidak. Dilarang keras pergi berada sambil ‘order’ pada tuan rumah nak makan nasi lemak, gulai kari dan sebagainya.

3. Jangan mengotorkan rumah orang.
Tahap kesedaran dalam hal kebersihan mungkin berlainan antara manusia. Tapi perkara yang am seperti membuang puntung rokok merata rata adalah dilarang. Jaga kelakuan anak-anak kecil daripada memanjat dinding seperti Spiderman. Jika tuan rumah memberi makan. Ringankanlah punggung untuk membasuh pinggan. Ini termasuklah juga pada lelaki. Pergi ke dapur basuh pinggan sendiri. Selain daripada nampak rajin, saham anda naik sikit untuk dibuat calon menantu.

4. Beraya pada mada yang betul.
Bulan syawal 30 hari.  Bahagikanlah masa beraya dengan betul. Janganlah kita menyusahkan tuan rumah dengan beraya pada waktu tuan rumah dah gosok gigi nak tidur. Kalau dah lewat malam baliklah dahulu sambung beraya keesokan harinya.

5. Jangan tanya benda sensitif.
Pada hari raya ini, elakkan bertanya benda-benda sensitif seperti berapa gaji, bila nak kahwin, bila nak ada anak. Kita tak tahu apa perasaan orang lain.

6. Meminta maaf.
Inilah tujuan sebenar kita pergi beraya ke rumah orang. Minta maaf dengan ikhlas dan lupakanlah sengketa. Selamat Hari Raya!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.