Sarawak Negeri Contoh Perpaduan Di Malaysia – Wan Junaidi

KUCHING — Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan Sarawak sebagai sebuah negeri contoh dalam aspek perpaduan kerana kepelbagaian agama tidak pernah menjadi punca pergaduhan sesama kaum.

“Sarawak benar-benar sebuah negeri contoh di negara ini kerana rakyat Sarawak saling hormat-menghormati agama, kebudayaan, adat resam serta kepercayaan rakan–rakan kita dan inilah yang menyumbangkan kepada keutuhan perpaduan kaum di Sarawak,” katanya yang ditemui di rumah terbuka sempena Aidilfitri anjurannya, di sini hari ini, lapor Bernama.

Anggota Parlimen Santubong itu berkata perpaduan itu wujud sejak sekian lama di sebalik perbezaan, kaum, agama dan kepercayaan serta adat resam.

Sehubungan itu, Wan Junaidi menggesa rakyat negara ini tidak menjadikan agama sebagai bahan untuk berpolitik.

“Apabila agama dijadikan bahan berpolitik, ia akan menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.