Post Yang Dinaik Lelaki Ini Dimedia Sosial Memakan Dirinya

Berhati-hati dengan apa yang anda muatnaik dalam media sosial, kalau tak nak kena `tangkap’ seperti Danny Anderson.

Dia telah menghantar mesej kepada bosnya, Craig untuk memaklumkan bahawa dia tidak dapat bekerja kerana tidak sihat. Namun ternyata alasan berkenaan memakan dirinya.

Ini kerana dia menghadiri satu majlis dan gambarnya bersama seorang wanita telah dimuatnaik di dalam Snapchat oleh wanita terbabit dan malangnya ia disaksikan oleh bosnya.

Rupa-rupanya wanita berkenaan merupakan rakan kepada Craig.

Apabila Danny menghantar mesej kepada Craig untuk memaklumkan dia tidak dapat bekerja, bosnya telah membalas dengan menghantar gambar berkenaan.

“Tertangkap dalam Snapchat. Penipu **@#!,’’ demikian tulis bosnya.

Dalam keadaan terdesak itu Danny masih cuba menipu dengan menyatakan bahawa gambar itu bukan dirinya namun akhirnya dia terpaksa mengalah.

Manakala Craig pula kemudian melihat perkara berkenaan sebagai sesuatu yang melucukan.
Attachments area

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.