Krisdayanti Teringin Beraya Dengan Aurel, Azriel

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti atau lebih mesra disapa KD, meluahkan keinginan untuk beraya dengan dua anaknya bersama bekas suami, Anang Hermansyah.

Menerusi perkahwinannya dengan penyanyi dan komposer terbabit, KD dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aurel serta Azriel Hermansyah. Pada 2011, KD, 42, berkahwin dengan ahli perniagaan Timor Leste, Raul Lamos dan dikurniakan anak perempuan diberi nama Arianna Amora dan Kellen Alexander Lemos.

Menurut KD, dalam kegembiraan menyambut lebaran bersama keluarga, terselit rasa terkilan kerana tidak dapat meraikannya bersama dua lagi anaknya itu.

Dalam doanya beliau menaruh harapan satu hari nanti hasratnya untuk meraikan lebaran bersama Aurel dan Azriel bakal menjadi kenyataan.

“Doakan saya dapat diberi kesempatan untuk meraikan Aidilfitri bersama mereka,” tuturnya dalam nada sebak ketika ditemui di ibu kota.

Sementara itu, bercerita mengenai sambutan lebaran, penyanyi ini berkata, segala persiapan sememangnya dibuat lebih awal, termasuk dalam soal penyediaan pakaian dan menu untuk dihidangkan kepada tetamu.

“Ibu saya ialah kakak yang paling tua dalam keluarganya dan setiap kali Aidilfitri menjelang, semua sanak-saudara, tua dan muda, seramai 200 orang datang berhimpun di kediaman saya di Jakarta.

“Selepas enam tahun berumah tangga pula, inilah kali ketiga kami mengadakan rumah terbuka.

“Sebagai orang Jawa, kami ada tradisi sungkeman iaitu tunduk memohon restu dan kemaafan daripada mereka yang lebih tua sehinggalah kepada yang muda,” kata artis yang popular dengan lagi Menghitung Hari ini.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.