Di Cafe Ini Anda Akan Dilayan Macam Tuan

Mahu dilayan umpama raja? Sebuah kafe di Hangzhou, China ada jawapannya.

Pelayan-pelayan wanita di situ akan melayan pelanggan mereka dengan konsep `tuan dan amah’ sambil memakai seragam pembantu rumah. Sekiranya perlu, mereka akan turut menyuap pelanggan mereka.

Kafe berkenaan dimiliki oleh seorang graduan universiti dan pelayan di situ pula adalah penuntut universiti yang bekerja sambil belajar.

Pembukaan kafe itu adalah cetusan idea Maid Cafe yang popular di Jepun. Pelayan akan cuba `memuaskan’ hati pelanggan dengan menjadi amah kepada tuan mereka.

Gambar-gambar kafe terbabit viral di media sosial.

Dalam pada itu pemiliknya memberitahu Zhejiang Online, pelayan tersebut diupah untuk sementara waktu sahaja dalam usaha menarik pelanggan di kalangan pelajar terutama mereka yang sukakan kartun anime Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.