Bayi Dibuang Dalam Tong Sampah Kerana Lahir Tak Cukup Bulan


Seorang pengutip sampah di China telah menyelamatkan seorang bayi yang baru dilahirkan selepas bayi terbabit dibuang di dalam tong sampah.

Dia kemudiannya membawa bayi berkenaan ke hospital untuk pemeriksaan dan nasib baik doktor berjaya menemui ibu bapanya.

Menurut ibu bapa bayi berkenaan, mereka memutuskan untuk membuang bayi tersebut disebabkan dia dilahirkan pra matang dan tidak akan membesar dengan sihat.

Menurut laporan qq.com, bayi itu ditemui dalam tong sampah di luar sebuah hospital di Chongqing. Bayi berkenaan hanya seberat 1.5kg dan dilahirkan sekitar 30 minggu dalam kandungan.

Badannya hanya sebesar saiz tangan orang dewasa.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.