Bayi Bertangan Dan Berkaki Empat Dilahirkan Di India

Ratusan orang berkerumun di luar sebuah hospital di kota Lakshirai, Bihar, India, baru-baru ini selepas seorang bayi perempuan dilahirkan dengan satu kepala, dua tubuh, empat tangan dan empat kaki.

Bayi malang itu bagaimanapun telah meninggal dunia pada Jumaat lalu. Menurut ibunya, Savita Devi, dia sangat terkejut kerana kehilangan bayi yang baru saja dilahirkan.

“Namun, saya yakin apapun yang terjadi maka itu demi kebaikan. Jika bayi saya hidup dengan keadaan itu maka setiap hari kehidupannya akan sama dengan kematian,” katanya.

Sementara suaminya pula, Suresh berkata, selama isterinya mengandung, dia telah berusaha melakukan yang terbaik untuk merawat isteri.

“Kami berharap dapat memiliki bayi yang sihat. Namun, takdir memiliki rencananya sendiri,” kata Suresh.

Manakala Dr Mukesh Kumar yang membantu proses kelahiran bayi itu memaklumkan anak Suresh dan Savita itu tidak dapat diselamatkan kerana perkembangannya belum sempurna.

“Janin tak berkembang secara baik di dalam rahim kerana satu dan lain hal,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.