Artis Thai Rakam Lagu Raya Versi Thailand, Berbaju Raya

Tidak akan meriah sambutan Aidilfitri tanpa lagu raya dan di sana-sini lagu raya sudah berkumandang. Saban tahun akan muncul lagu raya baru serta yang dinyanyikan semula (cover version).

Salah satunya adalah lagu raya versi Thailand yang dinyanyikan tiga beradik dari Narathiwat, Thailand iaitu Khamas Khan, 15, Khalis Khan, 23, dan Khalin Khan, 18.

Menariknya, mereka merakamkan semula lagu Datuk Sharifah Aini, Suasana Hari Raya dalam bahasa Thai yang diberi judul Salam Syawal. Ia kini boleh ditonton di YouTube, seperti memetik Metro.

Baru-baru ini atas jemputan butik fesyen Adre. Mereka bukan saja seronok berbaju raya tapi bangga dapat mempopularkan lagu raya Malaysia di Selatan Thailand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.