Akibat Mahu Dapat Hidung Macam rang Barang Impian Seorang Lelaki Musnah

Impian seorang lelaki untuk mengembangkan kariernya sebagai model ke peringkat lebih tinggi tidak kesampaian apabila mukanya rosak selepas disuntik dengan lilin oleh seorang pondan yang menjalankan perniagaan dalam bidang kecantikan.

Ellowe Alviso, yang berasal dari Manila, sebelum ini menghiasi majalah-majalah dan katalog di Filipina namun selepas mendapatkan suntikan di bahagian hidungnya yang berharga RM43, semua impiannya itu hancur berderai.

Hidungnya membengkak dan dia kini hanya boleh membuat persembahan di parti Holloween sahaja.

Selain hidung, Alviso turut menyuntik dagunya. Pondan berkenaan dikenali sebagai Euge Edward Udangan.

“Saya pernah menjadi model dan merata tempat saya kunjungi. Saya cuma mahu memperbaiki muka saya agar hidung saya seperti orang barat, sebab itu saya mendapatkan suntikan daripada Euge,’’ katanya.

Bahagian hidung Alviso telah mengalami jangkitan selepas beberapa minggu suntikan lilin dilakukan. Setelah tujuh pembedahan dijalankan bagi membetulkan semula wajahnya, ia ternyata gagal mengembalikan semula keadaan hidungnya pada bentuk asal.

“Saya hanya berharap agar muka saya kembali normal bagi membolehkan saya menyara keluarga saya dengan menjadi model,’’ katanya.

Dalam pada itu, polis telah mengeluarkan waran untuk menangkap Euge Edward Udangan namun dia sudah menghilangkan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.