Saintis Korea Utara Didakwa Temui Penawar AIDS, MERS

PYONGYANG – Saintis dari Korea Utara dikatakan sudah menemui penawar untuk pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) yang menular di negara jiran, Korea Selatan ketika ini.

 

Media rasmi negara itu melaporkan rumusan ‘ajaib’ itu yang dinamakan Kumdang-2 diekstrak daripada ginseng menggunakan baja, elemen bumi yang jarang ditemui, emas dan platinum.

 

Ia dikatakan mampu mengatasi pelbagai masalah kesihatan dengan cuma satu suntikan sahaja dan ini termasuk AIDS, penyakit barah, sakit jantung, lemah tenaga batin, penyakit kulit, Ebola serta penuaan.

 

Apa dipertikaikan adalah sama ada ia satu penemuan terhebat saintis era ini atau cara lain mahu mempersendakan Korea Selatan yang kini berdepan krisis MERS.

 

Tambahan pula, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, tiada penawar atau vaksin untuk MERS ketika ini.

 

Seorang profesor farmasi, Bang Jun-seok dari Universiti Sookmyung di Seoul beranggapan penemuan Korea Utara itu bukan perkara luar biasa.

 

“Jika dakwaan mereka benar, WHO dan syarikat farmasi paling berpengaruh dunia perlu menghubungi Korea Utara segera,” katanya. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.