Korban Bom Dalam Masjid Di Kuwait Meningkat 25 Orang

KUWAIT – Jumlah korban serangan bom nekad dalam masjid yang sesak dengan pengikut Syiah ketika solat Jumaat , kini meningkat kepada 25 orang dengan 202 lagi cedera.

 

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Kuwait, serangan bom itu dipercayai dilakukan anggota Negara Islam (IS) yang meletupkan dirinya ketika masjid sesak dengan jemaah solat Jumaat.

 

Kumpulan IS mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dalam kenyataan yang disiarkan melalui media sosial dan menyatakan ia mensasar ‘kuil mereka yang dipinggirkan’ – merujuk kepada pengikut Syiah.

 

Ia adalah serangan bom pertama terhadap masjid Syiah di Kuwait yang pengikut Syiah dan Sunnah hidup dalam harmoni. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.