1MDB-PetroSaudi: Kerajaan Tunggu Laporan Rasmi Thailand

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini menunggu laporan pengesahan rasmi dari pihak berkuasa Thailand sebelum mengambil tindakan lanjut.

 

Perkara tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada petang ini.

 

“Kita perlu tunggu laporan pengesahan dari pihak berkuasa Thailand. Saya difahamkan bahawa polis Thailand akan memaklumkan polis Malaysia dalam sedikit masa lagi.

 

“Kalau kita dapat bukti-bukti jelas dikemukakan oleh pihak berkuasa Thailand, kerajaan akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mengenai dokumen urus niaga berkaitan badan pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad berkaitan PetroSaudi yang didedahkan menerusi sebuah portal berpangkalan di United Kingdom, Sarawak Report.

 

Menerusi laporan sebuah portal tempatan hari ini, dokumen tersebut dipercayai dicuri daripada PetroSaudi sebelum didedahkan di internet.

 

“Saya tidak mahu mendahului laporan rasmi dari pihak berkuasa Thailand, Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri yang sedang menunggu laporan dari Thailand,” katanya lagi.

 

Akhbar New Straits Times (NST) memetik Protection Group International (PGI) sebagai berkata, data itu dicuri oleh (Xavier Andre) Justo.

 

Justo, seorang warganegara Switzerland dan bekas kakitangan PetroSaudi ditahan di sebuah rumah di Koh Samui, Thailand, pada Isnin bersama komputer, pemacu cakera keras dan alat penyimpanan data lain.

 

Komander Polis Thailand Cawangan Jenayah Pemerasan Kolonel Akaradech Pimonsri, berkata, Justo dibayar kira-kira 140 juta baht (RM15 juta) untuk meninggalkan PetroSaudi selepas didapati bersikap menentang peraturan dan dasar syarikat. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.