Megan Fox Bekerja 20 Hari Setahun

MELIHAT populariti luar biasa Megan Fox, ramai yang membayangkan aktres itu sentiasa sibuk dengan pelbagai tawaran lakonan.

Menurut laporan Contact Music, rupa-rupanya jadual kerja Megan tidaklah sepadat mana kerana pelakon itu hanyalah bekerja selama 20 hari dalam masa setahun.

Malah beritahu wanita berusia 28 tahun itu, tempoh masa bekerja itu sudah terlalu padat buatnya sehingga dia merasakan waktu bersama keluarga sangat singkat.

“Kalau nak ikutkan saya mahu mengurangkan lagi masa kerja supaya dapat menghabiskan lebih masa bersama suami dan anak-anak.

“Sebab itu saya mahu berlakon satu filem setahun kerana saya mahu bersama anak-anak, membesarkan mereka di depan mata,” katanya.

Isteri kepada Brian Austin ini juga memberitahu dia seorang ibu yang bersikap ortodoks dan sangat tegas dalam semua perkara, malah tidak mahu main-main dalam mendidik anak-anaknya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.