Pertumbuhan saksama visi ASEAN – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru prinsip untuk memastikan pertumbuhan yang saksama, mampan dan daya tahan yang berkekalan mesti terus disematkan di tengah-tengah agenda dan visi ASEAN.

Menurut Anwar Malaysia menghargai sokongan semua pihak dalam memastikan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN terus komited dalam memajukan visi bersama ini.

“Atas semangat inilah Malaysia, sebagai Pengerusi tahun ini, memperjuangkan tema ‘Keterangkuman dan Kelestarian’. Ia adalah cadangan strategik dan dipacu nilai.

“Ia bercakap bukan saja kepada aspirasi kita, tetapi juga kepada kewajipan kita. Ia bersandarkan pada keyakinan bahawa masa depan ASEAN mesti bergantung pada tonggak bersama iaitu pertumbuhan yang saksama, mampan dan daya tahan yang berkekalan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan pasa Sesi Plenari Sempena Sidang Kemuncak ke-46 ASEAN yang bermula hari ini.

Selesai ucapan itu, Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat bersama sembilan lagi pemimpin utama rantau Asia Tenggara itu.

Terdahulu ketika memulakan ucapannya, Anwar menghargai semangat kebersamaan dalam kalangan anggota ASEAN dalam membentuk persefahaman bersama menangani cabaran semasa.

“Perlu diberi perhatian adalah tindak balas pantas kami dalam menangani tarif Amerika Syarikat (AS) dengan penubuhan Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN sebagai langkah perlu, bukan saja untuk penyelarasan, tetapi untuk menunjukkan resolusi dan keyakinan,” katanya.

Aturcara padat hari ini dimulakan dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (Pleno), diikuti sesi perbincangan yang menyaksikan pemimpin mengadakan perbincangan mendalam mengenai cabaran semasa, keutamaan strategik dan usaha memperkukuh perpaduan serantau.

Kemuncak acara hari ini ialah pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama, yang menjadi penanda aras strategik dalam membentuk fasa seterusnya pembangunan Komuniti ASEAN.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat