“Tak Sangka Ada Manusia Yang Sekeji Itu” – Tunku Hanis

PELAKON Tunku Hanis mengakui kesal apabila ada pihak mengambil kesempatan mencuri barang berharganya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Tunku Hanis telah berkongsi keadaan gambar keretanya yang terlibat dalam kemalangan.

“Pada hari jadi saya 24 Mei lebih kurang pukul 7.10 malam di Jalan Kuching, saya telah mengalami kemalangan yang teruk dan handphone saya pula rosak sehari suntuk.

“Alhamdulillah saya selamat cuma terdapat kesan kesan lebam tapi malangnya terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah mencuri sejumlah wang tunai dari handbag saya dan rantai emas yang tinggi sangat tinggi nilainya.

“Sewaktu saya sedang panik individu tersebut telah masuk ke dalam kereta saya dan mencuri. Saya sangat tak sangka terdapat manusia yang berhati sedemikian sanggup melakukan perkara terkutuk itu sewaktu orang dalam kecelakaan.

“Mungkin ini adalah pembalasan segala dosa-dosa saya makanya saya redha. Kepada pencuri itu, saya doakan semoga awak diberikan kebahagiaan dunia & akhirat.

“Kepada yang membantu saya, saya ucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik anda,” tulisnya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.