Ramai Telefon Untuk Henti Bayaran PTPTN

KUALA LUMPUR – Ramai peminjam dilaporkan telah menghubungi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menamatkan bayaran melalui potongan gaji.

Ia ekoran dari pengumuman kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membenarkan graduan yang berpendapatan bawah RM4,000 di beri pelepasan bayaran serta menarik balik sekatan mereka ke luar negara.

Menurut salah seorang pengguna Twitter @beylaYH, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pegawai PTPTN ketika dia pergi untuk membuat bayaran balik hutang melalui pemotongan gaji.

“Aku pergi tadi sebab nak buat potongan gaji untuk pembayaran, sebab kalau harap diri sendiri nak bayar, mesti liat kan.

“Masa di kaunter dua kakitangan kat sana cakap bagus sebab awak nak potong gaji (sedangkan) yang lain semua telefon untuk berhentikan bayaran (melalui potongan gaji).

“Dari pagi tadi kami terima panggilan, tanya macam mana nak berhenti potong gaji (sebab) mereka nak berhenti bayar.

“Sebab bila keluar pengumuman yang gaji bawah RM4 ribu tak perlu bayar, jadi semua orang fikir untuk terus berhenti tak nak bayar,” tulisnya secara panjang lebar.

Menurutnya lagi walaupun ramai orang yang seronok diatas pengumuman tersebut namun di masa yang sama ada yang tidak bersetuju kerana mendakwa ia bakal memberikan kesan jangka panjang kepada PTPTN.

“Orang semua tak nak bayar hutang, sedangkan PTPTN sendiri berhutamg dengan bank negara jadi siapa yang tanggung (hutang) orang yang tak nak bayar?

“Dan bagaimana pula dengan pinjaman (untuk mahasiswa) yang akan datang? Mampukah negara untuk tanggung semua (hutang) ini?” soalnya lagi.

Tinjauan yang di ruangan komen mendapati ramai yang bersetuju dengan pandangan bekas graduan itu, malah ada yang membidas mereka yang dilihat cuba untuk lari dari membayar hutang tersebut.

“Ada baiknya terus ja bayar, sebab hutang tetap hutang. Jadilah rakyat bertanggungjawab sikit. Pandai pinjam pandai bayar. Kalau tak mampu boleh buat penstrukturan semula. Bayar ikut kemampuan,” ujar @nur_amirasy.

“Setuju!! Orang sibuk bising (pasal) hutang negara banyak, sebagai rakyat kita perlu main peranan hutang PTPTN bayaah. Sebab duit tu untuk kegunaan masa depan. Walaupun bukan untuk adik atau sedara mara (tapi) nanti bila korang dah beranak pinak, anak-abak korang yang nak guna juga,” tegas @faizanayie pula.

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Khamis lalu turut berkata, mereka yang berkemampuan walaupun gajinya tidak mencecah RM4,000 sebulan perlu bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang.

Malah menurutnya lagi peminjam yang menggunakan gaji untuk memenuhi kehendak gaya hidup seperti bercuti dan memiliki telefon bimbit mahal, sepatutnya menjelaskan dahulu komitmen pinjaman mereka. – SuaraTV

One thought on “Ramai Telefon Untuk Henti Bayaran PTPTN

  • May 27, 2018 at 4:40 am
    Permalink

    Kalau bayar..
    Apa tujuan sebenar bagi perlepasan ni?
    Bukankah janji kerajaan utk menyenangkan hidup budak2 baru nak up ni?
    Bukankah kerajaan nak ambil tanggungjawab ni dr peminjam?
    Kenapa kita nk di pertanggungjawaban lagi?
    Kerajaan bagi, kita gunakan ja..
    Hutang piutang negara.. kerajaan tak ckp ada masalah.. itu telah di jamin oleh kerajaan..
    Jgn risau. Tak perlu bayar ptptn..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.