Jamal Lari, Dah Periksa Jamban Hospital Soal MP Lembah Pantai

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil meminta agar di lakukan pemeriksaan di jamban hospital ekoran kehilangan Datuk Seri Jamal Md Yunos di Hospital Ampang Puteri petang tadi.

“Jamal lari? Dah check jamban hospital belum?” soal Ahmad Fahmi secara berjenaka di laman Twitternya sebentar tadi.

Ahmad Fahmi kemudiannya di tegur oleh para pengikut yang menyifatkan gurauan tersebut ‘agak kasar’ bagi seorang wakil rakyat.

Jamal, 48 sebelum ini dilaporkan ‘melarikan diri’ dari tahanan polis ketika proses jaminan mahkamah di lakukan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, ‘kehilangan’ Jamal berlaku antara pukul 5 ke 6 petang ketika pihak polis dan peguam sedang melakukan dokumentasi jaminan mahkamah.

“Kita sedang kesan beliau (Jamal) untuk menyelesaikan proses dokumentasi jaminan,” katanya melalui satu kenyataan yang diberikan kepada SuaraTV malam tadi.

Jamal yang sebelum ini dituduh sebanyak tiga pertuduhan bagaimanapun menerima tawaran ikat jamin dari pihak majistret sebanyak RM3,000 untuk setiap kes.

“Sementara proses dokumentasi jaminan mahkamah sedang berjalan petang tadi, Jamal telah meninggalkan kawasan hospital.

“Beliau akan dihubungi semula untuk menyelesaikan proses dokumentasi jaminan mahkamah itu,” katanya.

Jamal sebelum ini ditahan sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor sebelum ini berkata sejurus selepas tangkapan dibuat, Jamal ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani rawatan.

Tangkapan dilakukan bersabit satu kes yang disiasat di bawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12 Mei 2018 lalu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.