Bising Melayu Masuk IPTA, Tapi Kerja Kosong ‘Chinese Only’ Senyap

Oleh: Zulkifli Rawi

KUALA LUMPUR – Perbincangan berkenaan hak Melayu dan Bumiputera tak pernah berkesudahan.

Ia sudah jadi isu evergreen dan sentiasa dibincangkan okeh setiap lapisan masyarakat.

Ada pihak yang menyokong, ada juga yang membantah malah ada juga yang meminta agar isu ini tidak diperkatakan lagi atas dasar menghormati semangat muhibah.

Terbaru Farhan Amir melalui laman twitternya kembali membangkitkan isu ini sehingga menimbulkan perbincangan yang hangat.

“Ramai marah dan tak puas hati bila tak dapat mohon IPTA yang khas untuk Bumiputera kononnya hak tidak sama rata.

“Tapi bila Melayu nak minta kerja, (ada syarat) Mandarin speakers only, Chinese only (tapi) tiada siapa yang nak mempertikaikan,” luah Farhan Selasa lalu.

Ekoran daripada itu isu yang dibangkitkan ini kemudiannya menjadi hangat diperdebatkan di ruangan komen.

Ada yang memberikan hujah rasional, tidak kurang juga ada yang beremosi sehingga lari dari tajuk yang dibahaskan.

“Ada dikalangan rakan saya yang mampu berbahasa Mandarin secara baik, namun mereka masih tidak diterima untuk bekerja atas alasan bukan dari bangsa Cina. Kadang kala mereka tidak peduli pun sekiranya kita boleh bercakap bahasa Mandarin.

“(Maka) janganlah persoalkan atau marah bila universiti bumiputera (hanya) ambil (pelajar) bumiputera sahaja,” tegasnya lagi ketika membalas komen-komen yang mempertikaikan kenyataannya itu.

Status Farhan melalui akaun yang @rustedmankind itu kemudiannya mendapat retweet hampir 17,000 kali dan favourite hampir 9,000 kali. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.