Hina TMJ, Lelaki Ditahan Reman Dua Hari

JOHOR BAHRU – Seorang penolong pengurus syarikat insurans yang ditahan berikutan tindakannya memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman sosial baru-baru ini, direman selama dua hari bermula Khamis.

 

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata suspek berusia 29 tahun yang berasal dari Temerloh itu dipercayai bekerja dengan syarikat berkenaan kira-kira tujuh tahun.

 

Suspek ditahan di tempat kerjanya di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.50 pagi semalam dan polis turut merampas seunit telefon bimbit serta dua simkad, katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

 

Suspek menggunakan akaun Twitter ‘Keluang Man’ itu didapati mengeluarkan komen tersebut sebagai reaksi terhadap gambar manipulasi grafik yang memaparkan TMJ sedang menikmati hidangan seekor gajah ditulis perkataan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dalam laman Twitter Johor Southern Tiger. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!