Pelajar Britain Mati Lemas Di Pulau Perhentian

Besut – Seorang pelajar dari Universiti Nottingham Ningbo, China dijumpai lemas ketika sedang melakukan kegiatan bersnorkel di Shark Point Pulau Perhentian di Besut kira-kira jam 11 pagi semalam.

 

Mangsa yang berasal dari Shoreham Britain itu dikenali sebagai Jake Samuel Andrews, 21, yang tiba di pulau peranginan berkenaan petang semalam.

 

Mengikut laporan awal dari rakan-rakannya yang seramai enam orang termasuk seorang wanita itu mereka pergi ke Shark Point dengan sebuah bot bersama pelancong-pelancong kumpulan lain kira-kira jam 10 pagi untuk bersnorkel.

 

Kehilangan mangsa disedari sejam kemudian ketika rakan-rakannya naik semula ke atas bot untuk pulang apabila menyedari mangsa tidak ada bersama mereka.

 

Salah seorang daripada rakan itu telah menyelam untuk mencari mangsa dan berjaya menemuinya tenggelam di dasar kawasan kira-kira 10 meter dari bot penumpang berlabuh.

 

Mangsa dibawa ke klinik kesihatan pulau itu tetapi disahkan telah mati.

 

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah ketika dihubungi Bernama di sini mengesahkan kejadian itu dan masih menyiasat punca mangsa lemas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.