Guan Eng Mana Tahu Isi Hati Saya, Sindir Hadi

KUALA LUMUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempersoal kenyatan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan hati Presiden PAS beliau bersama UMNO.

 

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Guan Eng tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau sebagai manusia biasa turut tidak tahu apa yang difikirkan oleh pemimpin DAP itu.

 

“Dia bukan tahu hati saya, saya pun tak tahu hati dia, mana kita tahu hati orang,”katanya ringkas ketika ditemui di Lobi Parlimen, selasa.

 

Semalam, Guan Eng menyifatkan badan Abdul Hadi bersama PR, tetapi hatinya bersama UMNO.

 

Kenyataannya itu ekoran sikap Abdul Hadi yang berat menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang kini dilantik Ketua Pembangkang.

 

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menyatakan sehingga hari ini PAS masih lagi bersama PR, namun tidak tahu kerjasama tersebut akan berpanjangan untuk masa akan datang atau tidak.

 

“Kita masih bersama Pakatan..untuk akan datang saya tak tahu sebab saya sendiri tak tahu yang saya hidup lagi esok atau tak,” katanya.

 

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya adakah PAS bersedia keluar daripada PR.

 

“Kita pernah semuanya, pernah bersendiri, pernah dalam kerajaan, pernah luar kerajaan, biasanya peristiwa lama tak berulang, cuma konsep kita mesti bersama masyarakat majmuk, tak boleh bersendirian.

 

“Kita tunggu dan lihat apa penyelesaian yang terbaik dalam PR ni,” ujarnya.

 

Jelas Hadi lagi, beliau hanya memberi tumpuan kepada Muktamar PAS yang akan berlangsung Jun ini.

 

Sebelum ini Guan Eng mencabar Hadi meninggalkan PR kerana kritikan Hadi terhadap kabinet bayangan DAP. – BNBBC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.