Datuk Bandar Desak Agama Islam Diharamkan

LONDON – Datuk Bandar Venelles di selatan Perancis, Robert Chardon, mendesak diwujudkan undang-undang menghalang Islam diamalkan di negara itu.

 

Dalam kenyataannya melalui Twitter, Chardon berkata: “Kita mesti mengharamkan Islam diamalkan di Perancis.”

 

Menurut portal Express milik Daily dan Sunday Express di London hari ni, Chardon mendesak undang-undang sekular yang wujud sejak 1905 dimansuhkan dan diganti dengan menggalakkan Kristian.

 

Chardon berkata: “Kita juga memerlukan perancangan besar untuk menghantar umat Islam ke negara yang mengamalkan agama itu.”

 

Beliau yakin Islam akan diharamkan di Perancis pada 2027 tetapi tidak menjelas lebih lanjut bagaimana ia boleh dicapai pada tahun berkenaan.

 

Dalam temuramah dengan akhbar La Monde, Chardon berkata rancangannya itu satu-satunya penyelesaian kepada masalah Perancis.

 

Parti berhaluan kanan yang diwakilinya, Union for a Popular Movement, dikatakan merancang memecat Chardon.

 

Ada kira-kira lima juta penganut Islam di Perancis. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!