Video : Hudud, Hadi Cuba Mengelak Dan Enggan Jawab Sebarang Soalan

Teluk Intan – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba mengelak dari menjawab sebarang soalan ketika ditemui di majlis ceramah dan minum petang bersama jentera petang tadi.

Sejurus selepas ucapan ringkas yang disampaikan oleh calon DAP, Dyana Sofea Mohd Daud, beliau bingkas bangun dan enggan melayan sebarang soalan walaupun telah diminta oleh para wartawan yang membuat liputan.

“Tak apa, tiada PC (sidang akhbar) saya perlu pergi ke tempat lain” katanya ketika ditanya oleh wartawan Suara.TV di Taman Cicely.

Hadi yang dilihat tergesa-gesa meninggalkan majlis tersebut langsung tidak menjamah hidangan yang disediakan oleh pihak penganjur sehingga menyebabkan Dyana terpingga-pingga.

Beliau hanya mampu berkata perkara tersebut tidak ada isu apabila diminta mengulas berkenaan pendirian parti itu berhubung kenyataan Dyana Sofea mengenai hudud sebelum ini.

“Tak ada isu, cukup-cukuplah, perkara itu tiada isu” ujarnya lagi.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, Dyana sebelum ini dikatakan berkata dia sama sekali tidak akan menyokong hudud dalam usahanya untuk menjamin undi dan sokongan pengundi Cina.

Malah, lagi teruk dan dangkal lagi kata calon DAP itu, dia memang menentang hudud dan DAP tidak pernah bersetuju dengan hudud kerana menganggap hudud adalah pemaksaan agama dan nilai-nilai Islam ke atas bukan Islam di negara ini.

Seterusnya apabila ditanya mengenai kenyataan bekas ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw yang kecewa dengan perlucutan jawatannya dalam sayap PAS itu, Hadi hanya menjawab dia tidak dipecat.

“Tak pecat, cuma lantik baru” ujarnya lagi.

Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Hu berkata, keputusan menggugurkannya itu tidak demokratik dan tidak mengikut ajaran Islam yang menyarankan muzakarah dibuat terlebih dahulu.

2 thoughts on “Video : Hudud, Hadi Cuba Mengelak Dan Enggan Jawab Sebarang Soalan

  • May 26, 2014 at 10:29 pm
    Permalink

    mungkin Datuk Seri kurang senang dengan gaya Dyana bertudung…@ untuk meredakan kontraversi yang timbul sebelum ini berkaitan Hudud dan Janji Dyana.

    Reply
  • May 27, 2014 at 9:42 am
    Permalink

    Terkemutlah kau hadi….pandai kata tiada isu….bak lepas didunia bolehlah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.