Teluk Intan: PAS ;all out; Tarik Undi Melayu

TELUK INTAN: PAS melahirkan keyakinan undi daripada orang Melayu terhadap calon Pakatan Rakyat akan meningkat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 31 Mei ini.

Timbalan Pengarah Operasi Induk PAS PRK Teluk Intan, Salman Saleh berkata, keyakinan itu disuarakan berdasarkan respon daripada pengundi kepada jentera PAS yang turun ke lapangan.

Menurutnya, jentera diberi reaksi positif oleh para pengundi ketika berkempen dari rumah ke rumah khususnya di kawasan majoriti melayu seperti Kampung Bahagia dan Kampung Changkat Jong.

“Kami sudah kenalpasti strategi dan isu-isu yang sangat berkesan serta dekat dengan hati pengundi,” katanya ketika ditemui di Markas Induk PAS, Padang Tembak dekat sini hari ini.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat turun di Teluk Intan sebagai ‘underdog’ dan sedang berusaha keras memastikan calon dari DAP, Dyana Sofya menang pada PRK kali ini.

Jelas Salman, PAS sendiri memalui jentera muslimat turun rumah ke rumah merayu undi dan dalam masa yang sama memberikan penerangan tentang isu-isu semasa.

Setiap malam, PAS katanya akan menyusun ceramah umum disetiap UPU dengan menampilkan pimpinan-pimpinan PAS peringkat negeri dan pusat.

“Kami telah turunkan jentera secara ‘all out’ bagi memastikan kemenangan di parlimen Teluk Intan dapat dikekalkan serta dijayakan keputusannya.

“Saya sangat berpuas hati dengan semangat jentera dari seluruh negara yang tidak putus-putus datang membantu,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 26/5/2014

One thought on “Teluk Intan: PAS ;all out; Tarik Undi Melayu

  • May 26, 2014 at 9:52 pm
    Permalink

    dalam giat berkempen dan berceramah kadang-kadang ada di kalangan parti yang bersikap cuai di hari yang paling penting selama tempoh berkempen…Hari Mengundi…ada yang menunjukan sikap dan kata-kata yang kurang sopan pada pengundi…ini bolih menjejas sokongan undi pada calon dan parti berkenaan…kerja buat selama tempoh berkempen akan menjadi sis-sia…perlu diingat setiap satu undi adalah bernilai olih itu jagalah hati pengundi anda semasa’merayu undi’di hari yang paling penting itu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.