Ramai Tauke Simpan Pistol dan Parang

Pemilik permis judi dikesan menyimpan senjata api,parang dan pedang samurai sebagai alat untuk menyerang pihak berkuasa ketika serbuan dilakukan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, risiko itu terpaksa dihadapi pihaknya ketika serbuan dilakukan.

“Kami (polis) sudah jalankan risikan memang kebanyakan pemilik judi Internet ini mempunyai pistol, parang dan pedang samurai yang dipercayai untuk digunakan menyerang polis selain melindungi diri mereka sekiranya premis disamun.

Tetapi kami sentiasa berwaspada dengan menambah kekuatan anggota ketika serbuan dijalankan,” katanya.

Menurutnya, pegawai dan anggota polis yang menjalankan serbuan ke premis judi turut terdedah dengan ancaman tonto selain kongsi gelap yang sentiasa memerhatikan pergerakan pihak berkuasa dengan menggunakan alat ‘walkie-talkie’ bagi menggagalkan serbuan yang ingin dilakukan polis.

Sementara itu, ditanya mengenai pembabitan kongsi gelap dalam sindiket judi Internet, Roslee berkata, setakat ini pihaknya tidak mempunyai bukti jelas pembabitan kongsi gelap dalam kegiatan haram itu sebaliknya hasil risikan mendapati sindiket berkenaan menggunakan khidmat kongsi gelap untuk menjaga premis mereka daripada diganggu kumpulan samseng dan pihak berkuasa.

One thought on “Ramai Tauke Simpan Pistol dan Parang

  • May 26, 2014 at 11:16 pm
    Permalink

    asal nama pun buat kerja yang haram sudah tentu mempunyai senjata dan kumpulan haram…tugas tonto untuk meninjau pergerakan penguatkuasa menjadikan aktiviti mereka lebih selamat…Plan A: contohnya tonto akan menunggu di luar kawasan pejabat [8am-5pm]…tonto [1] mengenal pasti kakitangan yang terlibat dan akan terus mengekori kereta [A]yang keluar untuk buat rondaan hingga kereta [A]pulang ke pejabat…tonto [2] akan menunggu giliran seterusnya mengikuti kereta [B]…dan seterusnya…Plan B: ada tonto yang bertugas di kawasan operasi mereka akan memantau sesiapa yang keluar-masuk di kawasan tersebut…tonto-tonto ini akan memberi maklumat melalui hubungan telefon @ walkie-talkie pada ‘kuncu-kuncu’nya jika menuju ke tempat mereka atau ada sekatan jalan…untuk memastikan line-clear baru pergerakan aktiviti mereka berjalan lancar…peranan tonto dapat mengurangkan ‘bebanan kos’dan ‘tindakan undang-undang’ yang perlu ditanggung olih tauke.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.