Piala Thomas Jepun Kecewakan Malaysia

NEW DELHI 25 Mei – Malaysia terus kempunan untuk menjulang Piala Thomas buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun apabila tumpas 2-3 kepada Jepun dalam perlawanan akhir malam ini.

Setelah pasangan beregu kedua negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menyamakan kedudukan 2-2 dengan menewaskan Keigo Sonoda-Takeshi Kamura, harapan yang disandarkan kepada perseorangan ketiga, Liew Daren tidak kesampaian.

Ketua pasukan negara itu menghasilkan permainan terbaiknya dalam kejohanan ini tetapi masih gagal untuk menjinakkan Takuma Ueda apabila kalah 12-21, 21-18,17-21 sekali gus memberikan kejuaraan pertama buat negara Matahari Terbit itu. – UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.