Jakim Panggil Pengeluar Cadbury;

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memanggil kakitangan pengurusan syarikat pengeluar coklat Cadbury untuk memberi penjelasan mengenai DNA babi yang didakwa dikesan dalam produk makanan tersebut.

Laporan Berita Harian menyebut, penjelasan itu ekoran tindakan penggantungan sijil halal bagi dua produk syarikat berkenaan.

Ia memetik kenyataan ketua pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha yang berjanji untuk memaklumkan hasil pertemuan tersebut kepada media.

“Segala keputusan mesyuarat terbabit akan dimaklumkan kepada media sebaik saja mesyuarat selesai… Jakim memanggil syarikat terbabit untuk mendapatkan maklum balas lanjut berhubung perkara ini.

“Sehubungan dengan itu, Jakim memohon semua pohak agar tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas terhadap isu ini bagi mengelakkan keresahan awam,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan ia mengandungi DNA babi.
 
Menurut Kementerian Kesihatan, ia dikesan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
 
DNA babi itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015.

One thought on “Jakim Panggil Pengeluar Cadbury;

  • May 26, 2014 at 2:54 pm
    Permalink

    setiap barangan perlu mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan dahulu sebelum Jakim mengeluarkan Sijil Halal.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.