Bot Nelayan Dipasang Alat Pengesan Elak Penyelewengan Diesal

BERA: Setiap bot dan kapal nelayan akan dilengkapkan dengan alat pengesan dalam usaha kerajaan untuk membanteras kegiatan menyeludup diesel di kalangan nelayan yang kini semakin meningkat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata alat pengesan tersebut akan dihubung terus dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi membolehkan agensi itu memantau lokasi setiap bot berkenaan.

“Jejak akhir-akhir ini kita dapati kegiatan penyeludupan diesel di kalangan nelayan amat serius yang mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sehingga ratusan juta ringgit.

“Pemasangan alat ini dilihat mampu mengatasi masalah itu dan cadangan tersebut akan dibawa ke kabinet dalam tempoh terdekat untuk dipertimbangkan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program “Komuniti Jalanan Bera” anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera di Simpang Sebertak di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak empat syarikat telah dikenalpasti mampu untuk memasang sistem tersebut pada bot-bot nelayan.

Katannya, jika masalah tersebut tidak dibendung, ia bukan sahaja menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian akibat pemberian subsidi kepada pihak yang tidak layak, tetapi turut merugikan golongan nelayan sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.