Bekas tahanan Ordinan Darurat Didakwa Bunuh Pemandu Lori

KLANG – Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu lori dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Taman Sentosa di sini, pada 13 Mei lepas.

Rajasekaran Gunapal, 29, dari Klang mengangguk faham apabila jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya dalam bahasa Tamil di depan Majistret Fadli Yaakob.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkod.

Mahkamah menetapkan 16 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh, yang juga seorang pengawal keselamatan, didakwa bersama beberapa individu masih bebas menyebabkan kematian Ganesan Manokaran, 31, dengan senjata berbahaya antara 1.30 pagi dan dua pagi di Jalan Dato Abdul Hamid 20, Taman Sentosa di sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.