Bakar Bangunan DAP : Ketua Pemuda UMNO Wilayah Ditahan Polis

Kuala Lumpur – Polis hari ini menahan enam orang Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dipercayai untuk membantu siasatan ekoran demonstrasi yang dilakukan di hadapan ibu pejabat DAP Khamis lalu.

Antara yang ditahan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii dan Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.

Menurut sumber, mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan disiasat mengikut Seksen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

Rabu lalu, sekumpulan Pemuda UMNO diketuai Razlan mengadakan demontrasi dihadapan bangunan DAP dan mengancam untuk membakar bangunan tersebut.

Dalam demonstrasi itu, Razlan turut menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer menggelarkan pemimpin UMNO celaka di dalam sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini.

Rayer ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang mendakwa beberapa pemimpin UMNO cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei.

“Celaka-celaka UMNO ini kurang ajar, biadap dan selalu mengapi-apikan dengan membawa sepanduk memainkan isu rasis peristiwa 13 Mei. Celaka mereka,” katanya.

One thought on “Bakar Bangunan DAP : Ketua Pemuda UMNO Wilayah Ditahan Polis

  • May 26, 2014 at 9:25 pm
    Permalink

    ‘celaka-celaka [golongan yang bertindak liar]UMNO [parti politik]ini kurang ajar [tidak sopan], biadap [ sikap tidak bermoral] dan selalu mengapi-apikan [mencetuskan konflik] dengan membawa sepandok [propaganda] memainkan isu rasis [perkauman] peristiwa 13 Mei. Celaka [golongan yang bertindak liar] mereka.’ katanya…dari maksud ayat ini menunjukan Rayer hanya mengkritik sebahagiaan dari kalangan ahli atau pemimpin UMNO yang melakukan perkara yang dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi di negara ini…membangkitkan sentimen kaum dalam berpolitik adalah sikap yang tidak baik…olih sebab UMNO merupakan parti politik yang diterajui olih kaum Melayu dan Bumiputra dan Rayer dari kaum India mewakili DAP kenyataan ini akan ditafsir bersifat rasis walaupun maksud Rayer bukan ditujukan pada kaum Melayu keseluruhannya…yang menimbulkan salahfaham adalah di kalangan kaum Melayu UMNO sahaja…mungkin juga PERKASA yang pro-UMNO…tetapi perlu diakui tidak semua ahli UMNO yang bersikap sedemikian…perkara yang sama juga pernah dilakukan olih pemimpin lain tetapi sebab kaum lain bersikap lebih ‘educated’ mereka tidak bertindak melulu…semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran untuk kita memperbaiki kesilapan dan kelemahan yang ujud dalam kepimpinan kita di masa dulu kini agar tidak menjadi ‘virus’ yang bolih mengancam kehidupan kita selamanya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.