50.18% Pengundi Keluar Mengundi di PRK Ayer Kuning Sehingga Jam 3 Petang – SPR

- Advertisement -

AYER KUNING, – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa sebanyak 50.18% pengundi telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning setakat jam 3:00 petang ini.

Proses pengundian yang bermula pada jam 8:00 pagi berlangsung lancar di semua 19 pusat mengundi dengan 63 saluran dibuka serentak. Setakat jam 11:00 pagi, peratusan keluar mengundi adalah 26.36% daripada 31,281 pengundi berdaftar.  

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, menyeru pengundi agar keluar lebih awal untuk mengundi memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu.  

PRK N.48 Ayer Kuning diadakan susulan kekosongan kerusi selepas kematian penyandangnya. Hanya tiga calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini.

Proses pengundian akan tamat pada jam 6:00 petang ini, dan keputusan rasmi dijangka diumumkan malam ini.

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat