Annuar Musa yakin Ismail Sabri akan bantu lancarkan proses pemilihan parti ikut SOP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa yakin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Naib Presiden UMNO boleh membantu melancarkan proses pemilihan parti itu.

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO memuji keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersidang semalam telah mengambil langkah bijaksana tanpa mencetuskan sebarang pertikaian.

“Saya merasakan MKT UMNO telah mengambil langkah bijaksana dan cermat tanpa mewujudkan polemik baru.Ini masa terbaik untuk berfikir dan mencari jalan memperbetulkan kekusutan.

“Tentang pemilihan parti,adalah elok untuk dapatkan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) seperti diputuskan. Ini meletakkan UMNO dalam kesiapsiagaan dan ‘full compliance’.

“ROS pula tidak perlu menunggu surat rasmi,ckerana kenyataan akhbar rasmi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan adalah jelas.

“ROS perlu beri arahannya secara bertulis minggu ini,” gesa Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Manakala katanya mengenai SOP mesyuarat dan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh membantu.

“Saya percaya segalanya bergerak kearah lebih baik.Semoga UMNO terus diperkasa.

“Syabas kepada semua ahli MKT UMNO.

“Imej dan persepsi rakyat terhadap parti perlu segera diperbaiki.Solidariti perlu di bina kembali,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat