SPR Nafi Masukkan Semula Nama Pengundi Meninggal Dunia

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pernah mengeluarkan nama pengundi yang telah meninggal dunia daripada Daftar Pemilih dan memasukkan semula data tersebut menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya telah membuat semakan dan mendapati nama pemilih yang telah meninggal dunia iaitu mendiang MM Narayanan Nair tidak pernah dipotong dan namanya kekal dalam senarai Daftar Pemilih sejak ia didaftarkan pada 1994.

“Dakwaan pihak berkenaan mengenai nama mendiang pernah dikeluarkan dan dimasukkan semula ke dalam Daftar Pemilih menjelang PRU-14 adalah tidak benar,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, petik Kosmo

Menurut Mohd Hashim, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya memotong nama seseorang pemilih tanpa pengesahan kematian oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlebih dahulu.

“SPR akan mengambil tindakan segera untuk memotong nama pemilih berkenaan dalam Daftar Pemilih PRU-14 namun SPR menegaskan bahawa SPR tidak boleh sewenang-wenangnya memotong nama seseorang pemilih tanpa pengesahan kematian oleh JPN,” jelas beliau.

Sehubungan itu, perkara tersebut menjadi tular di media sosial dan beberapa portal berita apabila anak perempuan kepada mendiang MM Narayanan Nair iaitu Shyama telah membuat laporan di Balai Polis Teluk Ayer Tawar, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang

Dia turut melaporkan bahawa mendiang bapanya dengan nombor kad pengenalan 290805-71-5037 yang telah meninggal dunia pada 2013 namun namanya masih berada dalam senarai daftar pemilih ketika Shyama membuat semakan dalam talian.

Sehubungan itu, Shayama yang merupakan seorang peguam berusia 58 tahun itu memberitahu semakan daftar pemilih sudah pun dilakukan pada tahun lepas dan menunjukkan tiada nama mendiang bapanya dalam senarai daftar pemilih.

Dia yang tinggal di Leboh Nakhoda Teluk Air Tawar turut memuatnaik salinan daftar pemilih menerusi dalam talian yang merujuk kepada nama mendiang bapanya yang mana tidak dilupuskan dalam senarai daftar pemilih oleh SPR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.