Anjing ‘Pandu’ Trak Rempuh Kedai

WILAYAH JIANGSU, China – Seekor anjing dirakam ‘memandu’ sebuah trak pikap elektrik lalu merempuh sebuah kedai telefon bimbit di bandar Taizhou di sini baru-baru ini.

Menurut Agensi, insiden dipercayai berlaku apabila haiwan peliharaan pemilik kenderaan itu secara tidak sengaja memijak pedal yang mana menggerakkan roda jentera berkenaan.

Menerusi satu rakaman video menunjukkan trak itu meluru masuk melalui pintu depan premis itu dan merempuh beberapa buah rak pameran telefon.

Sehubungan itu, sebaik sahaja insiden rempuhan itu berakhir, seekor anjing dilihat berada di kerusi pemandu trak pikap berkenaan. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan yang cedera dalam kemalangan itu.

Dalam Pada itu, pemilik kenderaan itu dipercayai tidak mematikan kuasa enjin sebelum meninggalkan trak yang diletakkan di satu kawasan tempat letak kereta berhampiran kedai berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.