12 Laporan Cabul Diterima Terhadap Seorang Guru

MIRI – Susulan tangkapan seorang guru yang didakwa mencabul seorang murid perempuan berusia lapan tahun di sebuah sekolah rendah di sini kelmarin, polis telah menerima 12 laporan baru berhubung kes sama di Balai Polis Batu Niah, setakat malam tadi kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar.

Beliau berkata, antara pukul 5.40 petang hingga 8.15 malam, seramai 12 ibu bapa murid di sekolah rendah sama tampil membuat laporan polis dan mendakwa anak mereka turut menjadi mangsa cabul guru berusia 40 tahun itu.

Menurutnya, setakat ini terdapat 13 mangsa yang disyaki dicabul oleh suspek sama tersebut berusia antara lapan hingga 11 tahun.

“Berdasarkan laporan diterima, kesemua mangsa mendakwa kejadian itu berlaku ketika mereka masih dalam darjah satu dan dua.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut didakwa telah merakam gambar bahagian badan semua mangsa dengan menggunakan kamera telefon bimbitnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.