Untung Sebelum Cukai dan Zakat Takaful Malaysia Meningkat Kepada RM72.57 juta

KUALA LUMPUR – Syarikat Takaful Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat yang lebih tinggi sebanyak RM72.57 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2017, berbanding RM58.17 juta dalam tempoh yang sama setahun sebelumnya.

Pendapatan menokok kepada RM659.84 juta daripada RM633.25 juta, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat itu mengaitkan peningkatan dalam keuntungan sebelum cukai dan zakat dalam suku tersebut kepada pendapatan bersih yuran wakalah yang lebih tinggi, manakala, hasil yang lebih banyak telah disumbangkan oleh bahagian takaful am khususnya kelas permotoran dan kebakaran.

“Untuk tahun ini, kami akan meningkatkan kehadiran kami secara digital melalui portal jualan dan inisiatif pemasaran dalam talian bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin bertambah,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.