Qari Meninggal Ketika Membaca Surah Al Mulk

Seorang qari yang sedang mengalunkan surah Al Mulk, tiba-tiba rebah dan meninggal dunia dalam satu majlis di rumah Menteri Sosial Indonesia menjadi tular di media sosial.

Menurut Agensi, Mohammad Ja’far Abdulrahmad, 60, rebah secara tiba-tiba pada majlis meraikan ulang tahun ke-71 Muslimat Nahdatul Ulama dan kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan.

Bagaimanapun telah disahkan sudah meninggal dunia.

Difahamkan, punca kematian disahkan akibat serangan jantung.

Ramai netizen mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.