Menteri Jepun Sedia Lepas Jawatan Selepas Kontroversi Gempa Bumi 2011

TOKYO – Menteri Pembinaan Semula Jepun, Masahiro Imamura akan mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Shinzo Abe, pagi ini dari laporan stesen penyiaran NHK.

Menurut AFP, keputusan Imamura melepaskan jawatan disebabkan kenyataan kontroversi beliau berhubung kejadian gempa bumi dan tsunami pada 2011, lapor RTM.

Dalam ucapannya pada perhimpunan Parti Demokratik Liberal, semalam, Imamura berkata, adalah bernasib baik kerana bencana tahun 2011 itu berlaku di bahagian timur laut Jepun.

Jika berdekatan ibu negara, kerosakan yang berlaku akan lebih besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.